Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tekanan jualan urusniaga harian pasangan mata wang AUD/NZD

parent
Analisis Forex:::2015-05-27T06:09:07

Tekanan jualan urusniaga harian pasangan mata wang AUD/NZD

Pasangan mata wang AUD/NZD ini mempunyai sokongan yang kuat pada tahap 1.0740 yang telah ditolak sekurang-kurangnya sebanyak 4 kali. Walau bagaimanapun, harga telah menembusi tahap sokongan ini pada 22 Mei yang lalu sekaligus mengesahkan bahawa pasangan mata wang AUD/NZD kini sedang berada di bawah tekanan jualan.

Mengaplikasikan Fibonacci ke titik penembusan sokongan, harga akan menuju ke arah tahap rintangan R1. Harga kini sedang menolak 38.2% Fibs dan berjaya. Pada masa yang sama, kami mendapati bahawa pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah sekaligus menambahkan lagi keyakinan kepada kesahihan aliran penurunan harga.

Pertimbangkan cadangan kami untuk mengambil pesanan menjual pasangan AUD/NZD berhampiran pada tahap R1 (1.0700), yang mana ia juga adalah merupakan Fibs serta tahap rintangan psikologi. Sasaran terletak pada 0% Fibonacci iaitu tahap S2 (1.0585) bahagian sokongan. Hanya penembusan harga di atas R2 (1.0737) yang akan membatalkan senario ini.

Sokongan: 1.0657, 1.0585

Rintangan: 1.0701, 1.0737, 1.0773

Tekanan jualan urusniaga harian pasangan mata wang AUD/NZD

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...