Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/CAD untuk 27 Mei, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-05-27T06:09:16

Analisis Teknikal EUR/CAD untuk 27 Mei, 2015

Menjelang pengumuman laporan penyata kadar BOC, CAD kini sedang didagangkan lebih tinggi berbanding euro. Kenyataan dasar kewangan bulanan dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 10:00 ET. Ekonomi Kanada masih berada di dalam mood optimis. Kelemahan mata wang dolar Kanada telah membantu ekonomi eksport untuk berkembang. Kejatuhan harga minyak juga telah mempengaruhi ekonomi Kanada. Kami menjangkakan Poloz akan mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.75%. Pasangan mata wang ini diniagakan pada tahap 1.3515 berbanding harga penutupan hari Selasa iaitu pada 1.3518. Aliran kenaikkan harga berkemungkinan besar akan menuju ke arah sokongan yang masing-masing terletak pada tahap 1.3430, 1.3400 dan 1.3385. Harapan terakhir untuk kenaikkan harga terletak pada tahap 1.3380.

Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.3500, 1.3475 dan 1.3425. Jualan urusniaga harian pula boleh didapati di bawah tahap 1.3490 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.3475 dan 1.3430. Harga kemudianya berpotensi untuk menguji semula tahap 1.3400. Jualan selamat dilihat berada di bawah tahap 1.3475. Panik akan dicetuskan di bawah tahap 1.3380 pada 1.3270 dan 1.3210 dalam satu atau dua hari lagi.

Belian urusniaga harian boleh didapati di atas tahap 1.3540 dengan sasaran terletak pada tahap 1.3560, 1.3580 dan 1.3600. Untuk kedudukan aliran menaik, risiko pembelian terletak di antara tahap 1.3430 dan 1.3400 sl 1.3380. Kekuatan aliran menaik sebenar boleh didapati di atas tahap 1.3600 menuju ke arah tahap 1.3660. Aliran menaik akan mensasarkan pergerakkan ke tahap tinggi baru sekiranya tahap 1.3670 ini berjaya ditembusi.

Analisis Teknikal EUR/CAD untuk 27 Mei, 2015

Untuk menghubungi pengarang analisis ini, sila hantarkan e-mel kepada - joseph.wind@analytics.instaforex.com

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...