Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang EUR/CAD menolak sokongan pada carta harian

parent
Analisis Forex:::2015-05-28T01:42:30

Pasangan mata wang EUR/CAD menolak sokongan pada carta harian

Walaupun pasangan mata wang EUR/CAD menguji tahap rendah 1.3025 pada 17 April lalu berikutan pembetulan menaik yang tajam, pasangan ini telah membentuk satu kecapahan kenaikakan harga dengan osilator RSI. Ini boleh menjadi petunjuk bahawa pembetulan harga masih lagi belum berakhir dan pasangan berpotensi untuk mencapai tahap tinggi baru. Walau bagaimanapun, harga perlu menembusi di atas rintangan yang telah dibentuk berhampiran pada tahap 1.3750.

Selepas pembetulan gelombang pertama menaik, pasangan mata wang ini telah berdagang semula ke tahap Fibonacci 38.2% yang dikenakan kepada ke tahap rendah 1.3025 (terdahulu pada 17 April) dan tahap tinggi 1.3807 (terdahulu pada 17 April). Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang EUR/CAD ini telah menolak S1 (menutup di atasnya). Pada masa yang sama, ia hampir menguji tahap Penarikan semula 50% yang ditandakan sebagai S2. Akhirnya, pasangan ini membentuk graf bar lilin Doji dan baru sahaja menembusi di atas tahap tinggi yang mana ia akan mendorong harga untuk bergerak lebih tinggi.

Pertimbangkan cadangan kami untuk mengambil pesanan membeli EUR/CAD berhampiran pada tahap tinggi graf bar lilin Doji 1.3567. Pasangan mata wang ini diramalkan akan membentuk "triple top" berhampiran tahap 1.3750 mana rintangan yang kuat didapati terletak. Hanya penembusan harga di bawah S2 (1.3416) yang akan dapat menolak harga bergerak lebih rendah menuju ke arah tahap S3 (1.3323).

Sokongan: 1.3567, 1.3507, 1.3416, 1.3323

Rintangan: 1.3623, 1.3751, 1.3807

Pasangan mata wang EUR/CAD menolak sokongan pada carta harian

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...