
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen GBP yang melemah, peningkatan penghindaran risiko pelabur, dan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kelemahan pasangan mata wang GBP/JPY telah dihadkan oleh kerancakan pasangan mata wang USD/JPY dan permintaan dari pengimport Jepun.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15-hari dan semakin menurun. Corak kenaikkan harga "outside-day-range" telah selesai pada hari Selasa.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 190 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 190.60. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 188.60 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 187.80. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 189.20.
Tahap Rintangan:
190.60 191.20 191.75
Tahap Sokongan:
188.60 187.80 187