
Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Indek Spot ICE terdahulu mencatatkan 96.40 berbanding 95.69 awal Jumaat) selepas mencatatkan bacaan yang lebih besar berbanding ramalan iaitu peningkatan sebanyak 280,000 di dalam laporan nonfarm payrolls AS pada bulan Mei (berbanding ramalan 225,000), melebihi jangkaan 0.3% pada kenaikkan bulanan di dalam Purata pendapatan setiap jam AS (berbanding ramalan + 0.2%), walaupun kadar pengangguran AS bagi bulan Mei merekodkan bacaan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan pada 5.5% (berbanding ramalan 5.4%), kadar faedah Swiss yang negatif dan juga ancaman campur tangan Bank Negara Swiss di dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan USD/CHF ini telah dihadkan ekoran permintaan bagi mata wang franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah.
Komen Teknikal: Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana Stokastik adalah aliran menurun, bagaimanapun MACD kini berada di dalam mod menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.93. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9275. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9395. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9430 dan sasaran kedua pada tahap 0.9480.
Tahap Rintangan: 0.9430 0.9480 0.9525
Tahap Sokongan: 0.93 0.9250 0.9195