
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikan harga selepas mencecah tahap tinggi hampir 13 tahun 125.86 pada hari Jumaat. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 96.40 berbanding 95.69 awal Jumaat) selepas bacaan yang lebih besar berbanding ramalan iaitu kenaikkan sebanyak 280,000 di dalam laporan senarai gaji bukan perladangan AS bagi bulan Mei (berbanding ramalan yang mengunjurkan sebanyak 225,000), melebihi jangkaan 0.3% pada kenaikan bulanan dalam laporan purata pendapatan setiap jam Amerika Syarikat pada bulan Mei (berbanding ramalan + 0.2%), walaupun kadar pengangguran AS untuk bulan Mei merekodkan bacaan yang lebih tinggi berbanding ramalan pada 5.5% (berbanding ramalan 5.4%). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh peningkatan yang lebih besar daripada jangkaan iaitu sebanyak $ 20.54 bilion di dalam kredit pengguna AS pada bulan April(berbanding ramalan + $ 16.0 bilion), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun meningkat 9.3 mata asas kepada 2.400% hari Jumaat) dan juga permintaan daripada pengimport Jepun dan dasar monetari ultra longgar oleh Bank Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY kini sedang terjejas akibat laporan eksport Jepun.
Komen Teknikal: Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD adalah aliran menaik, Stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih belim purata pergerakkan lima dan 15-hari kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
The pair is trading above its pivot point. It is likely to trade in a wider range as long as it remains above its pivot point. As long as the price holds above its pivot point, long positions are recommended with the first target at 124.15 and the second target at 123.60. In the alternative scenario, short positions are recommended with the first target at 124.15 if the price moves below its pivot points. A break of this target is likely to push the pair further downwards, and one may expect the second target at 126.35. The pivot point is at 124.55.
Tahap Rintangan: 125.95 126.35 126.75
Tahap Sokongan: 124.15 123.60 122.90