
Rumusan teknikal:
Pembetulan harga daripada tahap 1.6586 telah menjadi lebih dalam daripada yang dijangkakan, walau bagaimanapun hanya penembusan harga yang tidak dijangka di bawah tahap 1.6143 akan menunjukkan bahawa pembetulan harga lebih besar diperlukan, sebelum kenaikkan impulsif yang lebih tinggi berlaku. Untuk dagangan jangka pendek, kami mengharapkan sokongan berhampiran pada tahap 1.6257 akan dapat melindungi aliran penurunan harga yang timbul bagi membolehkan harga menembusi di atas tahap 1.6300 dan apa yang lebih penting adalah penembusan harga di atas rintangan kecil pada tahap 1.6342 akan menunjukkan dengan jelas bahawa bahagian bawah telah mengambil tempat untuk kenaikkan harga seterusnya yang lebih tinggi ke arah tahap 1.6586 dan 1.6787.
Cadangan perdagangan:
Stop Loss kami yang terletak pada tahap 1.6300 telah ditembusi dengan keuntungan besar. Kami akan mengambil pesanan membeli EUR sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 1.6300 dengan Stop Loss diletakkan pada tahap 1.6140.