EUR/USD: Terdapat isyarat penurunan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dan ia akan kekal sah selagi garis rintangan pada tahap 1.1300 ini tidak ditembusi untuk aliran menaik. Melainkan sekiranya ia berlaku, mana-mana kenaikkan harga jangka pendek akan dilihat sebagai satu peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada pasaran ini.

USD/CHF: Terdapat isyarat kenaikkan harga pada carta pasangan mata wang USD/CHF dan ia akan kekal sah selagi sokongan yang terletak pada tahap 1.1300 ini tidak ditembusi untuk aliran menurun. Melainkan sekiranya ia berlaku, mana-mana pembetulan penurunan harga jangka pendek akan dilihat sebagai satu peluang kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada pasaran ini.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah kehilangan sebanyak 160 pips setakat minggu ini. Ini adalah merupakan satu ancaman untuk prospek kenaikkan harga pada baru-baru ini. Pergerakkan harga di bawah wilayah pengumpulan di sekitar tahap 1.5650 akan menjadi pengakhiran untuk kecenderungan aliran menaik semasa, terutamanya apabila harga menutup di bawah wilayah pengumpulan. Kebarangkalian pergerakan penurunan harga akan menjadi lebih tinggi selepas itu.

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini telah bergerak di atas tahap permintaan 123.50, mengancam penembusan harga di atas tahap bekalan 124.00. Sekiranya ini berlaku, sasaran yang seterusnya untuk pasangan mata wang ini akan terletak pada tahap 124.50. Walau bagaimanapun, kegagalan harga untuk berbuat sedemikian boleh mengakibatkan harga menjunam jatuh sekaligus mendorong harga untuk menembusi tahap permintaan.

EUR/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Penurunan harga di dalam pasaran ini: EMA 11 kini berada di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 kini terletak di bawah tahap 50. Berikutan kesinambungan aliran penurunan harga yang seterusnya pada mata wang EUR, zon permintaan yang terletak di antara tahap 137.50 dan 136.50 berkemungkinan akan ditembusi. Ia diramalkan akan berlaku sama ada pada minggu ini atau minggu hadapan.
