Struktur carta harian masih menyatakan kenaikkan harga, walau bagaimanapun pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang membuat pergerakkan menurun dan mencari peluang untuk mengukuh di bawah SMA 200. Walaupun pasangan mata wang masih berdagang di atas zon harga tersebut, kita boleh menjangkakan lebih banyak bergerak menaik, walau bagaimanapun gambaran perdagangan jangka pendek dilihat memihak kepada aliran menurun dan kita harus berhati-hati terhadap penembusan harga yang berkemungkinan di sekitar tahap 1.5543.

Apabila kita melihat lantunan harga yang lebih rendah di bawah tahap rintangan 1.5589, kita dapat melihat pengukuhan penurunan harga di dalam carta H1. Walau bagaimanapun, penembusan aliran menaik akan mendorong pasangan mata wang GBP/USD untuk menguji zon rintangan di sekitar 1.5650. Indikator MACD kekal berada di wilayah negatif, tetapi pergerakkan pembetulan harga diramalkan akan berlaku tidak lama lagi.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5755 / 1.5898
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5543 / 1.5450
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5589 / 1.5650
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5537 / 1.5471
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5589, take profit di tahap 1.5650, dan stop loss pada tahap 1.5530.