Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analsisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Julai, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-07-07T00:48:32

Analsisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Julai, 2015

Analsisis Teknikal NZD/USD untuk 06 Julai, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun selepas harga mencecah lima tahun rendah pada tahap 0.6640 pagi ini. Pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh peningkatan risiko penghindaran, kemerosotan harga tenusu, dan perbezaan pendirian dasar monetari Bank Rizab New Zealand dan Bank Rizab Persekutuan AS. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh permintaan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD ditarik semula.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun. Stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15-hari kini semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6660. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6630. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6750. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6780 dan sasaran kedua pada tahap 0.6825.

Tahap Rintangan: 0.6780 0.6825 0.6850

Tahap Sokongan: 0.6660 0.6630 0.66

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...