Gambaran makro global 18/08/2015:
Berita ekonomi paling penting dari Amerika Syarikat yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini adalah bilangan permit bangunan bagi bulan Julai. Jumlah permit bangunan dianggarkan sebanyak 1,230K; (-8.0% m/m) berbanding 1.343K; (7.4% m/m) bulan yang lalu. Penurunan dalam permit adalah jelas, tetapi mana-mana bilangan yang lebih baik daripada yang dijangkakan akan mendorong mata wang dolar untuk membuat lonjakan. Para pedagang harus diingatkan bahawa minit meting FOMC dijadualkan akan diterbitkan esok dan pasaran berkemungkinan akan mula perlahan-lahan mengurangkan kadar kenaikkan bagi bulan September.
Gambaran teknikal bagi pasangan mata wang EUR/USD ini tidak banyak membantu kenaikkan euro dan apa jua berita positif yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat lewat hari ini berpotensi untuk menyebabkan satu lagi gelombang penurunan untuk pasangan ini menuju ke arah sokongan pada tahap 1.1020.
