
Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Pasangan mata wang ini kelihatan seolah-olah akan terperangkap di bawah tahap rintangan utama 0.9800. Sementara itu, indikator RSI urusniaga harian didapati kekurangan momentum kenaikkan, dan cenderung kepada aliran penurunan baru. Selagi harga belum menembusi tahap 0.9800, maka risiko penembusan harga di bawah tahap 0.9720 akan kekal tinggi. Sasaran penurunan harga kami yang seterusnya ditetapkan pada tahap 0.9660 (tahap rendah 12 Ogos).
Cadangan perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9715. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9660. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.98. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9860 dan sasaran kedua pada tahap 0.9940.
Tahap Rintangan: 0.9860 0.9940 0.9995
Tahap Sokongan: 0.9715 0.9660 0.9635