
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak telah menurun lebih rendah ke tahap $ 14.70, terletak hanya di bawah purata pergerakkan 50 hari, sebelum harga ditarik semula ke tahap yang lebih tinggi lagi. Selain itu, para pedagang juga harus diingatkan bahawa penurunan harga telah terhenti pada sokongan Fibonacci menaik 0.618 di antara tahap $ 14.40 dan $ 15.60, masing-masing. Sementara itu, garis rintangan sebelum ini kini sedang diuji. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli sekali lagi dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 14.40 buat masa ini. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 14.70 (interim), diikuti dengan tahap $ 14.40 dan lebih rendah. Sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 15.60(interim), dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 15.90, $ 16.40 dan lebih tinggi.
Cadangan perdagangan:
Memulakan kedudukan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap $ 14.40, dan sasaran pada tahap $ 16.40.
Semoga berjaya!