Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 19 Ogos, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-08-19T07:40:34

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 19 Ogos, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 19 Ogos, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini telah dihadkan oleh MA 20 urusniaga harian dan harga kini sedang mencari sasaran yang lebih tinggi. Penurunan MA 50 urusniaga harian juga dilihat mempunyai kecenderungan aliran menurun. Sementara itu, RSI urusniaga harian kekal di bawah 50 dan berorientasikan negatif. Sasaran pertama untuk aliran kenaikkan ditetapkan pada rintangan mendatar dan pertindihan harga pada tahap 195.30. Penembusan harga di bawah tahap harga ini akan membuka jalan bagi pasangan mata wang ini menuju ke tahap yang lebih rendah pada 195.30. Hanya penembusan harga di atas tahap sokongan utama 194.40 sahaja yang akan memanggil harga untuk bergerak naik seterusnya menuju ke arah tahap rendah 17 Ogos yang terletak di tahap 194.10.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 195.30 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 196.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 194.10 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 193.80. Titik pangsi terletak pada tahap 194.40.

Tahap Rintangan: 195.30 196.05 196.75

Tahap Sokongan: 194.10 193.80 193

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...