
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY sekali lagi telah terhenti di sekitar tahap 138.80/85 dan harga berkemungkinan akan jatuh ke tahap 137.50 sebelum menolak lebih tinggi. Para pedagang harus diingatkan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan telah membuat tahap tinggi pertengahan pada tahap 1.3885 yang berpotensi untuk menghasilkan penarikan semula harga yang bermakna, sebelum arah aliran harga diterbalikkan. Oleh yang demikian, adalah disyorkan untuk keluar dari kedudukan membeli buat masa sekarang dan kekal mendatar. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 137.00 (interim), dan diikuti dengan tahap 135.00/50, 134.00, dan tahap lebih rendah. Manakala rintangan dilihat terletak pada tahap 139.00, dan diikuti dengan tahap 140.50 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
tetapkan keuntungan pada kedudukan membeli dan kekal mendatar.
Semoga berjaya!