
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Dolar AS jatuh untuk hari kedua ekoran kebimbangan mengenai pertumbuhan yang dipengaruhi oleh pasaran saham global dan didorong keraguan sama ada Rizab Persekutuan AS akan meningkatkan kadar faedah pada bulan hadapan. Dow menjunam 2.1% kepada 16,990.69, paras terendah sejak Oktober 2014, S&P 500 susut 2.1% kepada 2035.73, menghapuskan keuntungan untuk tahun ini, dan Nasdaq Komposit jatuh 2.8% kepada 4877.49. Sementara itu, emas menokok 2.2% kepada $ 1.153 auns, manakala minyak mentah meningkat semula 0.8% kepada $ 41,14 setong. Mengenai pasangan mata wang USD/JPY, pasangan mata wang ini telah menembusi di bawah sasaran Kelemahan sebelumnya pada tahap 123.65 (tahap rendah 19 Ogos) dan 123.47 (tahap rendah 31 Julai) semalam dan kekal di bawah. Penurunan tempoh urusniaga harian 20 dan 50 mengekalkan kecenderungan penurunan harga. Selain itu, RSI urusniaga harian kekal dalam kawasan jualan di antara tahap 50 dan 30 mengurangkan momentum kenaikkan harga. Selagi tahap 123.65 mengukuh sebagai tahap rintangan utama, maka pasangan mata wang ini berpotensi untuk menjunam lebih rendah ke arah sasaran pada tahap 122.35 dan 122 (kali terakhir kedua-duanya dilihat adalah pada 28 Julai).
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.35. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 122. Titik pangsi kekal berada pada tahap 123.65. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 124 dan sasaran kedua pada tahap 124.25.
Tahap Rintangan: 124 124.25 124.75
Tahap Sokongan: 122.35 122 121.65