
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Saham-saham AS mencatatkan sesi dagangan yang tidak menentu semalam, yang semakin meningkat di tengah-tengah tanda-tanda penstabilan dalam pasaran Eropah dan penurunan kadar oleh bank pusat China, walau bagaimanapun jatuh pada minit terakhir dagangan. Dow Jones Industrial Average menyusut lagi 1.3% untuk menutup pada 15.666, S&P 500 jatuh 1.4% kepada 1.867, manakala Nasdaq Komposit jatuh 0.4% kepada 4,506. Minyak mentah meningkat semula 2.8% untuk ditutup pada harga $ 39.31 setong. Dan hasil Perbendaharaan 10 tahun meningkat kira-kira 2% daripada 1.997% pada sesi dagangan sebelumnya. Sementara itu, kerugian bagi dolar AS pulih sedikit berbanding euro dan franc Switzerland dan mengukuh berbanding mata wang komoditi (CAD, AUD dan NZD), tetapi ia masih agak lemah berbanding yen. Mengenai pasangan mata wang USD/JPY, pasangan mata wang ini masih didagangan di bawah tekanan dan sedang menuju ke arah sasaran penurunan pertama pada tahap 118.20. Purata pergerakkan urusniaga harian tempoh 20 (MA) telah melintasi di bawah tempoh 50, manakala RSI urusniaga harian kekal dalam kawasan jualan di antara 50 dan 30. Sasaran penurunan kedua ditetapkan pada tahap 117.10 (dilihat pada kejatuhan Isnin). Hanya penembusan harga di atas tahap rintangan utama 120.55 akan mengubah gambaran dagangan kenaikkan harga urusniaga harian.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.25. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 117. Titik pangsi kekal berada pada tahap 120.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 121.30 dan sasaran kedua pada tahap 122.35.
Tahap Rintangan: 121.30 122.35 123
Tahap Sokongan: 118.25 117 116.20