Gambaran makro global 26/08/2015:
The People Bank of China (PBOC) telah memotong kadar faedahnya bagi kali yang kelima sejak November 2014 semalaman dan jualan ekuiti mungkin terhenti sekarang.Peserta pasaran perlu menunggu dan melihat jika kerajaan ini mengarahkan pelonggaran dasar akan memberikan sebarang perbezaan kepada negara kedua ekonomi terbesar dunia.Sebaliknya,dana Fed sedang menunjukkan 21% peluang pada kenaikkan kadar faedah bagi bulan September,yang sedang menurun 29% daripada 50% peluang sebelum minit mesyuarat FOMC pada Khamis lepas.Kegawatan pasaran saham China dan keseluruhan kebimbangan sedang melengahkan kadar kenaikkan di AS sehingga akhir Disember 2015.
Selepas lima hari penurunan,indek dolar AS telah menjumpai sokongan yang diperlukan dan ditutup atas tahap 93.13 semalam.Ketika ini,garisan aliran emas sedang diuji daripada penurunan semalam dan hanya penembusan yang kekal atas tahap 95.00 akan meletakkan kenaikkan kembali semula ke dalam pasaran.
