
Tinjauan teknikal dan persediaan carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF ini dilihat sedang berdagang di sekitar tahap 1.5417 buat masa sekarang selepas merekodkan tahap harga tinggi pada tahap 1.5550 sebelum ini. Pasangan mata wang ini berkemungkinan telah bersedia untuk membuat pembetulan harga yang lebih dalam seperti yang digambarkan pada carta 4H di sini. Aliran penurunan harga perlu terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal didagangkan di bawah tahap 1.5550 pada sesi dagangan yang akan datang. Harga berpotensi untuk jatuh ke arah tahap 1.4900 juga, walau bagaimanapun penembusan harga di bawah tahap 1.5300 akan mengesahkan sekaligus mempercepatkan kejatuhan harga. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan menunggu pengesahan arah aliran harga yang selanjutnya. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.5300, manakala rintangan pada tahap 1.5550.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa sekarang.
Semoga berjaya!