

Gambaran Keseluruhan:
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang saya jangkakan, harga telah menguji tahap $ 1,059.94. Berdasarkan kepada carta harian, saya mendapati bahawa terdapat bar permintaan yang melemah dan penolakan harga daripada SMA 10 kami. Sokongan kuat yang terletak di sekitar tahap $ 1,075.00- $ 1,080.00 telah bertukar menjadi tahap rintangan yang kuat (perubahan polariti) pada masa sekarang. Merujuk kepada carta M30 pula, seperti yang saya ramalkan, harga dilihat telah bertindak balas daripada tahap rintangan urusniaga harian $ 1,074.00 (rintangan urusniaga kuat). Sokongan urusniaga harian didapati terletak di sekitar tahap $ 1,053.00. Sokongan harian kuat yang seterusnya dilihat terletak disekitar tahap $ 1,046.00.
Titik Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1,073.35
R2: 1,076.00
R3: 1,080.30
Tahap Sokongan:
S1: 1,064.80
S2: 1,062.15
S3: 1,057.90
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pesanan membeli Emas sebagaimana kami mendapati bahawa terdapat penolakan harga yang kuat daripada tahap rintangan kami dan emas kini sedang berada dalam aliran penurunan harga yang kuat. Perhatikan peluang jualan yang berpotensi.