Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Ogos, 2016

parent
Analisis Forex:::2016-08-09T03:33:37

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Ogos, 2016

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 08 Ogos, 2016

Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi di atas purata pergerakkan tempoh 50, yang bertindak sebagai sokongan buat masa sekarang, dan mengukuh pada aliran menaik. Indeks kekuatan relatif adalah menaik di atas kawasan neutral pada tahap 50 dan tidak mempunyai momentum penurunan harga. Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa gaji bukan perladangan mencatatkan 255,000 pada bulan Julai (berbanding ramalan 179,000, semakan semula 292,000 pada bulan Jun). Kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 4.9% (berbanding 4.8% pada ramalan), dan purata pendapatan setiap jam meningkat 0.3% pada bulanan dan 2.6% pada tahunan.

Harga bon kerajaan AS jatuh secara menyeluruh dengan penanda aras hasil Perbendaharaan AS yang meningkat sehingga 1.583% daripada 1.503% pada Khamis. Emas jatuh 1.9% kepada $ 1.335 auns, kejatuhan terbesar dalam tempoh hampir tiga bulan, dan perak menjunam 3.1% kepada $ 19.66 auns, penurunan terbesar dalam tempoh empat bulan.

Selain itu, 0.9720 (bahagian bawah 04 Ogos) mewakili tahap sokongan yang penting, yang perlu menghadkan potensi penurunan harga. Selagi tahap utama ini tidak ditembusi, maka perhatikan pergerakkan kenaikkan harga yang selanjutnya ke arah tahap 0.9875. Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan untuk harga melanjutkan kenaikkan menuju ke arah rintangan seterusnya yang dilihat berada pada tahap 0.99055.

Tahap Rintangan: 0.9875, 0.9905, 0.9985

Tahap Sokongan: 0.9720, 0.9670, 0.9630

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...