
Gambaran Keseluruhan
Pasangan mata wang USDJPY menunjukkan kecenderungan kenaikan harga pada hari Jumaat lalu yang terkesan oleh stokastik yang positif, tetapi ia masih di bawah halangan pada tahap 102.27. Ini membolehkan senario aliran penurunan harga menjadi sah untuk tempoh dagangan akan datang. Harga perlu menembusi tahap 100.70 untuk mengesahkan kesinambungan gelombang menurun ke arah tahap 94.76. EMA50 menyokong kesinambungan perdagangan dalam saluran penurunan harga yang ditunjukkan pada carta; dengan itu, kami masih menjangkakan aliran menurun pada urusniaga harian dan dagangan jangka pendek. Adalah penting untuk diingatkan bahawa penembusan harga di bawah tahap 102.27 akan melanjutkan aliran penurunan harga yang disyorkan. Ramalan julat dagangan untuk hari ini adalah di antara tahap sokongan 100.70 dan tahap rintangan 103.00.